Tips & Info


Tips Memilih Ikan Segar di Pasar 


MATA 
Mata bersinar2, terbonjol dan tidak merah. 

INSANG 
Merah cerah, tidak berlendir dan tidak gelap. 

SISIK 
Melekat kuat. 

ISI 
Melekat di tulang dan warna tidak berubah. 

BADAN 
Pejal dan elastik bila di cuit. 

KULIT 
Cerah, bersinar, basah, tidak kusam dan kering. 

BAU 
Masih berbau laut (segar) dan tidak busuk. 

PERUT 
Bila ditekan masih pejal dan keras. 





Buku Resepi Yang Terkenal di Pasaran Kini













KEISTIMEWAAN BUNGA KANTAN DALAM MASAKAN

Bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior sangat terkenal dalam masakan. Bagi saya bunga kantan dan ayam memang sesuai digandingkan dalam makanan berkuah. Ia boleh dipelbagaikan dalam makanan yang boleh kita cipta. Yang penting anda perlu kreatif. Bunga kantan yang masih belum kembang banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti dijadikan perencah untuk membuat kuah laksa dan juga digunakan dalam masakan asam pedas sebagai pembangkit aroma. Ia juga sesuai dicampurkan dalam makanan kering seperti kerabu yang dapat memberi rasa yang enak. Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Warnanya yang merah muda mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan. Antioksida yang terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain dapat mengekalkan awet muda. Bunga kantan juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan seperti mengubati luka. Air rebusan bunga kantan yang masih suam boleh digunakan untuk membasuh luka.Telah terbukti bunga kantan mempunyai khasiat dan keunikannya yang tersendiri jadi cubalah resipi ayam masak bunga kantan yang saya kongsikan untuk juadah anda hari ini.




SUMBER: google.com

SUMBER: google.com











KHASIAT REMPAH RATUS DALAM MASAKAN 

Assalamualaikum..w.b.t..disamping berkongsi resepi, apa salahnya kita berkongsi ilmu masakan. Lebih - lebih lagi ilmu untuk menjaga kesihatan dengan pemakanan seharian kita. Masakan kita amat istimewa dan mempunyai pengaruh yang tersendiri sehingga ia dikenali diseluruh dunia. Malah keunikan masakan kita lebih kepada penggunaan rempah ratus yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. “Pengambilan rempah ratus dalam sajian harian amat baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi bahan tersebut amat ajaib dan terbukti kemujarabannya dalam ujian klinikal. Antara bahan yang sering digunakan dalam masakan Melayu ialah serai, kayu manis, jintan, lada hitam, cengkih, halia, kunyit dan santan. 


sumber : google.com

Setiap rempah ratus yang digunakan mempunyai khasiat untuk kesihatan contohnya seperti kayu manis mampu mencegah lebihan kandungan gula dalam darah, melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah. Minyak daripada jintan mengandungi carminative (gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut malah ia turut mampu meredakan batuk dan sakit kerongkong. “Lada hitam pula boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil, perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria, halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah, kunyit mampu meningkatkan daya ingatan dan menyembuhkan kesan luka serta santan berkhasiat untuk mengekalkan daya ketahanan badan seseorang.

sumber : google.com

SUMBER: Chef Mazlee.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my




No comments:

Post a Comment