RESEPI LAKSA PENANG
BAHAN KUAH LAKSA
1 Kg ikan ikan selayang
2 kuntum bunga kantan
100 gm daun kesum
5 keping asam gelugor
3 SDB cili kisar
4 biji bawang besar- kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN ULAM
Timun, dihiris memanjang
Daun salad, dihiris
Cili padi, dihiris
Bawang besar, dimayang halus
Nenas, dipotong kecil
Laksa Kering rebus hingga lembut
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
CARA MEMBUAT
1. Ikan disiang, cuci bersih dan rebus hingga ikan masak. Keluarkan ikan, biar sejuk dan asingkan isi dan tulangnya. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Tulang ikan dikisar halus dan tapis. Asingkan stoknya.
2. Tapis air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, stok tulang ikan dan isi ikan yang ditumbuk. Tambah 1 liter air . Masukkan cili kisar dan asam gelugor. Kacau rata dan biar mendidih.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api sederhana hingga kuah pekat sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya dan tutup api.
4. Letak mi laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Sendukkan kuah laksa kemudian tabur bahan2 ulam dan telur rebus. Boleh dihidangkan.
RESEPI BIHUN UDANG KERING
Assalamualaikum..hari khamis lepas balik kampung di Kg Pekajang Gelang Patah..so ble dah balik kampung tau je la kan..aktiviti memasak lebih rancak.hehe..bangun pagi je terus fikir nak masak ape untuk sarapan..jenguk2 dapur ada bihun..so terus masak bihun udang kering..bihun ni memang disukai ramai la kt rumah kampung ni sebab rasanya yang sangat asli..terutama abah dengan cucu- cucunya...saya ada kongsikan resepinya..selamat mencuba...
BIHUN UDANG KERING
BAHAN - BAHAN:
1 BUNGKUS BIHUN (DIRENDAM)
20 TANGKAI CILI KERING
2 BIJI BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH
2 SDB UDANG KERING (RENDAM)
2 BIJI TELUR
2 BIJI TOMATO
2 SDB KICAP MANIS
MINYAK SECUKUPNYA
GARAM SECUKUPNYA
CARA MEMBUAT:
1. KISAR CILI, BAWANG BERSAMA UDANG KERING.
2. PANASKAN MINYAK, TUMISKAN BAHAN KISAR HINGGA GARING.
3. MASUKKAN GARAM, KICAP, TELUR DAN KACAU HINGGA SEBATI.
4. MASUKKAN BIHUN DAN KACAU HINGGA SEBATI DAN MESRA.
5. BOLEH JUGA TAMBAHKAN SAYUR SEPERTI TAUGEH, SAWI, KUCAI.
6. SETELAH SIAP, BOLEHAH DIHIDANGKAN.
RESEPI NASI GORENG BELACAN
Haii..Assalamualaikum..minggu ni saya balik kampung di Gelang Patah. Seronok sangat bila bersua dengan keluarga tersayang. Kebetulan kakak saya ada pulang menjenguk ayah, dikesempatan ini saya pun request kat kakak masakkan nasi goreng belacan. Rasanya dah lama sangat tak rasa nasi goreng belacan kakak saya ni. Kakak dulu berniaga kedai makan, that's why la nasi goreng dia semua sedap..hehehehe..
Bila siap je nasi goreng ni terus snap pic untuk diupload ke blog ni..saya ada kongsikan resepi..selamat mencuba..
RESEPI NASI GORENG BELACAN
BAHAN- BAHAN
2 mangkuk nasi sejuk
3 biji bwang putih
1 biji bawang besar
15 biji cili padi
1 biji telur
1 batang sayur sawi
ikan bilis secukupnya
belacan secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang besar, serta belacan hingga lumat.
2. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis dan goreng garing, masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
3. Tumis hingga garing dan naik bau, masukkan garam dan telur, kacau rata.
4. Masukkan nasi dan sayuran, kacau sehingga betul- betul rata.
5. Setelah rata, tutup api dan boleh hidangkan untuk sarapan pagi yang sungguh menyelerakan.
NASI GORENG AYAM SAMBAL
Assalamualaikum...haii semua..da lame rasanya tak update blog ni..ok this week saya nak kongsikan resepi nasi goreng ayam sambal yang simple and sedaappp...pic dibawah ni diambil masa saya pergi makan disebuah restoran di Taman Bukit Dahlia..sejujurnya rasa nasi goreng ayam sambal dsini sangat sedap dan menyelerakan. Rasa nasi nya sahaja sedap dan sambalnya secukup rasa. Pilihan minumannya disini pun sedap dan menarik..disini saya ada kongsikan resepi nasi goreng ayam sambal..selamat mencuba..
RESEPI NASI GORENG AYAM SAMBAL
BAHAN- BAHAN:
Nasi Ayam
3 cawan beras
3 1/2 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil minyak bijan
Sup Ayam
1 ekor ayam dipotong 4
3 inci halia tua
7 biji bawang putih
2 biji buah keras
3 biji bawang besar(hiris)
1 paket sup bunjut
1 batang serai (dititik)
sehelai daun pandan
Ayam Goreng
ayam yang telah direbus
3 sdb madu
2 sdb kicap pekat
1 sdb serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Untuk nasi ayam, pertama sekali kita perlu masak sup.
2. untuk sup, kisar halia, b.putih dan buah keras lalu tumis dalam minyak sedikit sahaja.
3. masukkan bawang besar dihiris, sup bunjut, serai diketuk dan daun pandan, tumis hingga naik bau harum.
4. masukkan air secukupnya dan masukkan ayam, tunggu hingga mendidih dan perasakan garamnya.
5. untuk nasi, beras dan air rebusan dimasukkan dalam periuk nasi, masukkan juga daun pandan dan semua yang terapung dalam sup kedalam periuk nasi, masak nasi seperti biasa.
6. setelah nasi hampir kering, taburkan minyak bijan dan gaul rata pada nasi, tutup dan masak semula.
7. untuk ayam, perapkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam lalu goreng dalam minyak banyak hingga warna keemasan dan ayam garing.
8. hidangan ini boleh dipelbagaikan, samada untuk nasi ayam biasa, nasi ayam sambal, nasi ayam goreng dan nasi goreng ayam sambal.
9. caranya untuk resepi ini, nasi digoreng seperti biasa dan sambal untuk dicurah atas ayam juga dimasak seperti biasa. hidangkan bersama timun dan tomato.
No comments:
Post a Comment