Makanan Laut


RESEPI SOTONG MASAK UNGKEP JAWA 

Assalamualaikum..w.b.t...saya pernah cerita kan saya ni ramai kawan2 berketurunan jawa..Almaklumlahh duduk Johor ni memang keturunan paling famous Jawa dan Bugis..so kalau orang duduk kawasan Kuala Lumpur yang memang lahir dan membesar di KL mesti jarang dengar perkataan ungkep..same goes lah dengan kawan2 saya yang asal dari pantai timur, mereka mesti buat muka confuse sikit bila saya tanya pernah makan ugkep taak???hehehehe...anyway sebenarnya ungkep ni masakan asli orang melayu la...adalah pengaruh dari Indonesia sikit2 kot...xpe2..jangan risau..saya ada kongsikan resepi ungkep sotong..rasanya memang ummpphhh laahh sebab sotong kan..lauk ni juga tak muak...gerenti licin pinggan lah kalau cuba...selamat mencuba...

gambar ihsan daripada: Madi Mardiah@facebook.com


BAHAN- BAHAN:

1/2 Kilo Sotong Saiz Sederhana
3 Ketul Kunyit Hidup
5 Biji Bawang Putih
2 Biji Bawang Besar
20 Biji Cili Padi
2 Batang Serai
1 Inci Halia
1 Inci Lengkuas
1 SDB Jintan Halus
1SDB Jintan Kasar
1SDB Ketumbar Biji
Minyak untuk menumis
Garam dan Gula Secukupnya


CARA- MEMBUAT:

1. Kisar bawang, kunyit, halia, lengkuas, serai, ketumbar dan jintan hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis dan terus masukkan sotong.
3. Sotong akan mengeluarkan air, jadi kacau hingga kuah kering dan betul2 pekat.
4. Perasakan garam gulanya. 
5. Cili padi boleh dikisar sekali atau ketuk sahaja bagi yang tidak makan pedas.




RESEPI CUAN CUAN BILIS TERUNG ASAM

Haii..Assalamualaikum..saya harap kalian semua sihat sejahtera hendaknya..Minggu lepas masa di kampung saya ada masak satu masakan melayu kampung yang jarang- jarang diketahui orang. Nama masakan tu cuan- cuan bilis terung asam..haa...pernah dengar tak????mesti tak pernah kan...saya sangat suka masakan ni sebab lauk  ni masakan arwah emak semenjak saya kecil lagi..masakan ni antara masakan kegemaran ayah saya..lauk ni sangat membangkit selera sebab rasanya masam2 pedas..kalau buat lauk sahur memang sangat sesuai..satu rumah bangun dengan baunya yang sangat semerbak...hehehe...saya ada kongsikan resepi..selamat mencuba ye..


BAHAN- BAHAN
20 biji terung asam (masak ranum)
100 gm ikan bilis
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
20 biji cili padi
1 cawan air asam jawa
sedikit belacan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT:
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan cili padi.
2. Kupas kulit terung asam, belah kepada empat bahagian.
3. Panaskan minyak daam kuali, tumiskan belacan dan bahan hiris.
4. Masukkan ikan bilis dan terung asam.
5. Masukkan air asam jawa dan perasakan garamnya.

No comments:

Post a Comment