RESEPI KUIH KETAYAP
Assalamualaikum..wb.t..kali ini saya akan berkongsi resepi kuih melayu. Kuih ketayap amat popular sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang. Terdapat pelbagai variasi kuih ketayap kini, ada pebagai warna, pelbagai inti. Kuih ini juga sesuai dihidangkan untuk majlis keramaian, kenduri dan juga juadah berbuka puasa. Penyediaan kuih ini sangat mudah dan cepat. Disini saya ada kongsikan resepi, selamat mencuba ye kawan- kawan..
gambar ihsan:madi mardiah@facebook.com
BAHAN- BAHAN
2 Cawan Tepung Gandum
7 Helai Daun Pandan
1/3 Cawan Air
1/3 Cawan Santan Pekat
1 Biji Telur
1 SDB Minyak Masak
Sedikit Garam
INTI KELAPA MANIS
1/2 Biji Kelapa Kemantan Parut
1 Biji Gula Melaka
Sedikit Air
CARA MEMBUAT
1) Daun pandan dikisar bersam air tadi dan tapis airnya.
2) Ayak tepung bersama garam, masukkan dalam mangkuk besar, masukkan telur dan minyak masak.
3) Curahkan air pandan bersama santan pekat, gaul sebati guna ‘wirewisk’ atau blender.
4) Tapiskan adunan kedalam mangkuk dan boleh didadar atas kuali leper sedikit berminyak untuk elak melekat.
5) Untuk inti , cairkan gula melaka bersama sedikit air, lalu masukkan kelapa.
6) Kacau hingga betul2 sebati dan sesuai untuk dibuat inti.
7) Jika tiada kelapa kemantan, boleh gunakan kelapa parut biasa.
RESEPI KUIH KERIA GEBU
Antara kuih manis yang ditempah untuk minum malam ialah kuih keria. Adik saya sangat suka kuih keria ni so saya pon mintak tolong dia pergi beli keledek kt kedai buah hujung kampung. Kuih keria ni jarang saya buat sebab sebelum ni kalau nak makan beli je. Tapi rupanya sangat mudah nk membuat kuih ni. Saya ada kongsikan resepinya dibawah serta cara membuatnya sekali. Selamat mencuba ye..=)
BAHAN- BAHAN:
1 Kg Keledek (direbus)
400 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
200 ml air
minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT;
1. Keledek yang direbus dilenyek dan digaul bersama tepung gandum.
2. Gaulkan dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak terlalu lembik.
3. Bentukkan menjadi seperti kuih donat saiz kecil.
4. Goreng kuih hingga warna keemasan.
5. Didihkan air dan masukkan gula, tunggu hingga mendidih dan pekat.
6. Masukkan kuih dan gaulkan sehingga gula rata semua bahagian.
7. Tutup api dan boleh dihidangkan.
RESEPI KARIPAP SARDIN TERBAIK!!
Aktiviti saya semasa cuti semester adalah memasak, memasak dan memasak..Aktiviti di waktu malam pergi ikut abah menghadiri kuliah agama di Kg Pekajang ni..so ble da jmpe dengan jiran2 mulalah mereka terfikir idea..tingg!!!idea nak tempah kuih dengan saya sebagai kudapan selepas majlis ilmu tu..Alhamdulillah..setiap malam sabtu saya kene buat kuih karipap sardin dan sejenis lagi kuih manis..kira karipap sardin memang kuih wajib la mereka tempah..saya ada kongsi resepi karipap sardin versi saya..gambar tu karipap yang belum digoreng tau sbb yang dah goreng semua xsempat nak snap..selamat mencuba ye..=)
KARIPAP SARDIN TERBAIKK!!!
BAHAN- BAHAN:
bahan doh:
1 kg tepung gandum
air sejuk secukupnya
sedikit garam
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
bahan inti:
1 tin sardin
2 biji kentang (dadu kecil)
5 biji bawang besar
2 sudu cili kisar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. untuk doh, ayak tepung bersama garam dan masukkan dalam mangkuk besar, buat lubang ditengah seperti kawah.
2. cairkan marjerin bersama minyak masak kemudian curah dalam kawah tepung tadi.
3. gaul ramas hingga menjadi sebati seperti serbuk roti baru tambahkan air sedikit demi sedikit.
4. uli hingga menjadi doh yang lembut. Bulatkan menjadi kecil2, rehatkan doh.
5. untuk inti, cincang bawang besar dan tumis dalam kuali yang sudah ada minyak panas.
6. masukkan sardin dan kentang, biar merendidih hingga kentang empuk, perasakan dan sejukkan inti.
7. doh dicanai nipis dan masukkan inti lalu kelim guna jari atau acuan.
8. goreng pada api sederhana untuk hasil yang terbaik.
RESEPI PISANG GORENG KG PEKAJANG
Assalamualaikum...Haii..salam semua..petang- petang ni memang seronok kalau dapat menikmati pisang goreng..nak pergi keluar cari kat kedai memanglah senang..tapi kan lebih baik jika kita buat sendiri...lagi berkasiat dan dijamin kebersihannya..musim panas ni pisang menjadi jugaklah kat kampung saya..belakang rumah ni ada pokok pisang nipah..memang kegemaran sayalah tu..so saya pon tebang lah pokok pisang nipah tu..sampai rumah terus buat pisang goreng kerana pisangya dah ranum..saya kongsi resepi batter pisang goreng dibawah..batter ini juga boleh digunakan untuk menggoreng keledek, keladi, dan pelbagai gorengan lagi..selamat mencuba..
PISANG GORENG KG PEKAJANG
BAHAN- BAHAN:
2 SIKAT PISANG DIBELAH 2
150 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
2 SDB MINYAK MASAK
AIR SECUKPNYA
GARAM SECUKP RASA
MINYAK UNTUK MENGGORENG PISANG
CARA MEMBUAT:
1. MASUKKAN TEPUNG, TELUR, MINYAK 2SB TADI DALAM MANGKUK.
2. CURAH AIR DAN GAUL HINGGA TEPUNG SEBATI, JANGAN TERLALU PEKAT ATAU TERLALU CAIR.
3. PERASAKAN DENGAN GARAM DAN PANASKAN MINYAK.
4. CELUP PISANG DALAM BATTER, GORENG HINGGA GARING ATAU WARNA KEEMASAN.
5. BOLEH DIHIDANGKAN BERSAMA SAMBAL KICAP.
RESEPI SAMBAL KICAP JOHOR:
17 BIJI CILI PADI
5 ULAS BAWANG PUTIH
KICAP LEMAK MANIS SECUKUPNYA
GULA SECUKUPNYA
KISAR SEMUA BAHAN DIATAS DICAMPUR SEDIKIT AIR SUAM DAN PERASAKAN.
RESEPI LEMPENG PISANG KELAPA
Assalamualaikum..selamat sejahtera..selamat datang ke blog saya..blog resepi masakan asli melayu..dalam blog saya akan kongsikan resepi masakan asli melayu dari sarapan pagi, masakan tengahari dan masakan malam..ada juga resepi kuih muih melayu. Dibawah ni saya kongsikan resepi lempeng pisang kelapa..selamat mencuba..
LEMPENG PISANG KELAPA
BAHAN- BAHAN:
6 BIJI PISANG MONTEL
1/2 BIJI KELAPA PARUT
5 SDB TEPUNG GANDUM
3 SDB GULA MELAKA (HANCURKAN)
SEDIKIT GARAM
1 BIJI TELUR
CARA MEMBUAT:
1. LENYEKKAN PISANG DAN GAULKAN BERSAMA KELAPA PARUT, TEPUNG, TELUR, GULA DAN GARAM.
2. GAUL SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI.
3. MASAK LEMPENG GUNAKAN SEDIKIT MINYAK DENGAN KUALI LEPER.
RESEPI BEGEDIL DAGING BONDA
Assalamualaikum semua..minggu lalu saya bersama2 'housemate' di rumah sewa Masai ada membuat begedil daging..specialnye begedil ni inti dagingnya ditengah2..dan disumat pula dengan timun..arwah mak saya pernah cakap begedil daging ni suatu ketika dulu adalah antara makanan dalam hantaran majlis perkahwinan orang melaka..so ianya antara makanan kebesaran orang melaka jugalah selain tapai pulut, halwa maskat, kuih bakar berlauk..saya ada kongsikan resepi..selamat mencuba..
BEGEDIL DAGING BONDA
RESEPI:
1 KG KENTANG REBUS
200 GM TEPUNG GANDUM
5 BIJI TELUR
INTI:
1 PAKET DAGING BURGER
3 BIJI BAWANG MERAH
5 BIJI BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
2 SUDU BESAR SERBUK KARI
1 TANGKAI DAUN SUP
MINYAK SECUKUPNYA
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
CARA MEMBUAT:
1. LENYEK KENTANG HINGGA SEMUANYA HANCUR, GAULKAN DENGAN TEPUNG HINGGA BOLEH MEMBENTUK DOH.
2. TUMIS BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH YANG DIHIRIS HINGGA NAIK BAU, MASUKKAN HALIA DIHIRIS.
3. MASUKKAN DAGING BURGER DAN GAUL HINGGA HANCUR.
4. MASUKKAN SERBUK KARI, GARAM DAN GULA.
5. MASUKKAN DAUN SUP YANG TELAH DIPOTONG HALUS DAN TUTUP API. SEJUKKAN INTI DALAM PENAPIS SUPAYA MINYAKNYA KELUAR.
6. BENTUKKAN DOH MENJADI BULATAN KECIL2. MASUKKAN INTI DAN TUTUP RAPAT.
7. PANASKAN MINYAK, PECAHKAN TELUR DALAM MANGKUK DAN CELUPKAN BEGEDIL YANG BERINTI DALAM TELUR LALU DIGORENG HINGGA WARNA KEEMASAN.
No comments:
Post a Comment