RESEPI RENDANG AYAM EMAK
Assalamualaikum..dibulan rejab ni tiba- tiba ambil mood nak makan rendang pula. Kawan saya teringin sangat nak makan rendang, saya jenis tak sampai hati nak tengok dia duk mengidam. Minggu lepas saya masak rendang ayam. Semangat berkobar- kobar nak masak rendang sebab saya pun dah lama teringin nak makan rendang. Saya buat kerisik sendiri, lebih sedap dan diyakini sedap.hehehe.. Disini saya ada kongsikan resepi rendang arwah emak saya. Selamat mencuba kawan- kawan...
BAHAN- BAHAN
1 ekor ayam
1SDB serbuk kunyit
4 biji bawang besar
1 genggam Cili kering
5 biji bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai
1SDB Jintan halus
1SDB Jintan kasar
1SDB Ketumbar Biji
3SDB Serbuk kari daging
2SDB Gula Melaka
2SDB Kerisik
Santan dari 1 biji kelapa
7 helai daun limau purut
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1) Ayam dibersihkan dan diperap bersama garam dan serbuk kunyit.
2) Panaskan minyak lalu goreng ayam
3) Sementara itu, kisar bahan untuk dikisar.
4) Tumis daun limau bersama bahan kisar dalam minyak goreng ayam tadi hingga garing.
5) Masukkan serbuk kari dan garingkan rempah.
6) Masukkan ayam goreng tadi, santan serta gula melaka, garam dan sedikit gula.
7) Tunggu hingga mendidih, masukkan pula kerisik dan kacau jangan sampai hangus.
8) Setelah rendang pekat, perasakan dan boleh dihidangkan.
Assalamualaikum..semalam adik saya request nak makan ayam ungkep..bithday gurl la katakan..saya pon jenguk la dapur..ok bahannya complete..so mission on..hehehe..ayam ungkep ni antara masakan melayu bugis dan jawa..sebab saya ni orang bugis dan kawan2 saya yang jawa pon selalu makan masakan ni..rasanya pedas dan berempah..pelbagai resepi ayam ungkep..tapi resepi dibawah ni versi saya k..so selamat mencuba..
Assalamualaikum..ada tak sesiapa pernah makan gerang asam?? saya sure orang melaka mesti selalu masak menu ni..biasa kita dengar asam pedas ikan, ayam kan..tapi yang ni memang sama dengan asam pedas..namanya gerang asam..biasanya orang melayu di melaka yang masak masakan ni..mungkin juga ada unsur nyonya sebab mereka pun orang melaka kan..saya ada kongsikan resepi gerang asam daging di bawah..selamat mencuba. =)
RESEPI AYAM UNGKEP BERSANTAN

AYAM MASAK UNGKEP BERSANTAN
BAHAN- BAHAN:
1 EKOR AYAM POTONG 12
30 BIJI CILI PADI
4 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS
7 ULAS BAWANG PUTIH
3 INCI KUNYIT HIDUP
1SDB KETUMBAR BIJI
1SDB JINTAN HALUS
1SDB JINTAN KASAR
2 KEPING ASAM JAWA
100 ML SANTAN PEKAT
MINYAK UNTUK MENUMIS
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
CARA MEMBUAT:
1. AYAM DIGORENG DENGAN GARAM DAN KUNYIT HINGGA GARING.
2. KISAR CILI PADI, BAWANG PUTIH, KUNYIT, JINTAN HINGGA HALUS.
3. PANASKAN MINYAK TUMIS BAWANG HIRIS HINGGA NAIK BAU, MASUKKAN BAHAN KISAR, TUMIS GARING
4. MASUKKAN AYAM, DAN SEDIKIT AIR SERTA ASAM KEPING, RENEHKAN.
5. MASUKKAN SANTAN PEKAT DAN PERASAKAN GARAM GULANYA.
6. HIDANGKAN BERSAMA NASI PUTIH ATAU LEMPENG ATAU ROTI..
RESEPI GERANG ASAM DAGING
Assalamualaikum..ada tak sesiapa pernah makan gerang asam?? saya sure orang melaka mesti selalu masak menu ni..biasa kita dengar asam pedas ikan, ayam kan..tapi yang ni memang sama dengan asam pedas..namanya gerang asam..biasanya orang melayu di melaka yang masak masakan ni..mungkin juga ada unsur nyonya sebab mereka pun orang melaka kan..saya ada kongsikan resepi gerang asam daging di bawah..selamat mencuba. =)
GERANG ASAM DAGING
BAHAN - BAHAN:
1 KG DAGING LEMBU
100 GM CILI KERING
5 BIJI BAWANG BESAR
7 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
2 INCI KUNYIT HIDUP
1SDB KETUMBAR BIJI
1SDB JINTAN KASAR
1SDB JINTAN HALUS
1SDB HALBA
1SDB KERISEK*
DAUN LIMAU SECUKUPNYA
1 GENGGAM ASAM JAWA
AIR SECUKUPNYA
MINYAK UNTUK MENUMIS
GARAM SECUKUP RASA
CARA MEMBUAT:
1. POTONG DAGING NIPIS- NIPIS DAN REBUS HINGGA EMPUK.
2. KISAR SEMUA BAHAN KECUALI KERISEK DAN HALBA SERTA DAUN LIMAU.
3. PANASKAN MINYAK, MASUKKAN HALBA DAN DAUN LIMAU BARU MASUKKAN BAHAN KISAR, KACAU HINGGA GARING.
4. MASUKKAN DAGING DAN AIR REBUSANNYA SEKALI, BIAR MENDIDIH.
5. MASUKKAN AIR ASAM JAWA DAN GARAM, PERASAKAN.
6. SETELAH DAGING LEMBUT BARULAH BOLEH DIHIDANGKAN.
*KERISEK BOLEH DITAMBAH JIKA SUKA PADA SELEAS MASUKKAN AIR ASAM
No comments:
Post a Comment