Ikan



RESEPI IKAN BAWAL MASAK SAMBAL
Assalamualaikum.w.b.t..antara resepi masakan ikan dalam blog saya ini ialah resepi yang selau suri rumah masak untuk keluarga. Biasanya bila sebut je ikan bawal, mesti kita terfikir orang cina yang suka beli dan masak ikan ni.. Sebenarnya ramai yang tidak memilih ikan bawal sebagai ikan pilihan utama kerana biasanya harganya agak mahal. Sebagai surirumah yang bijak, kita kenalah pandai memilih makanan yang baik dan berkualiti. Harga ikan bawal selalu mahal kerana kualiti isinya yang lembut dan enak, sisiknya tidak banyak dan tulangnya tidak halus. Oleh itu ikan ini amat sesuai untuk seisi keluarga. Disini saya ada berkongsi resepi ikan bawal masak sambal versi saya. Selamat mencuba ye...


BAHAN- BAHAN
1 Ekor Ikan Bawal Emas
1 SDT serbuk kunyit
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 SDB Sos cili
1SDB Sos tomato
2 keping asam keping
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT
1) Ikan bawal dibersihkan, dikelar2 dan dilumur garam serta kunyit, digoreng hingga masak garing.
2) Kisar cili kering, halia dan bawang putih hingga lumat.
3) Tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk.
4) Masukkan bawang hiris, asam keping dan bahan perasa.
5) Masukkan sos dan ikan dan keluarkan asam keping.
6) Setelah sambal sebati dengan ikan, tutup api dan boleh dihidangkan.



RESEPI IKAN CARU BAKAR

Haii Assalamualaikum..pada post kali ni saya banyak kongsikan resepi masakan ikan. Keluarga saya memang suka makan ikan. Ayah sangat suka beli ikan segar di pasar biasanya di Pasar Besar Pontian dan jeti di hujung Kampung Ladang. Antara ikan kegemarannya ialah ikan parang, ikan caru, ikan puput dan banyak lagi. Kali ini saya ingin berkongsi resepi ikan bakar caru yang ringkas dan cepat dimasak tetapi sangat sedap. 

gambar ihsan: madi madihah@facebook.com

BAHAN- BAHAN
4 Ekor Ikan Caru
2 Batang Serai
8 Biji Bawang Kecil
5 Biji Bawang Putih
7 Biji Cili Padi
1 inci Halia Tua
Beberapa Helai Daun Pisang
Garam dan Gula Secukup Rasa

CARA MEMBUAT
1. Hiris halus semua bahan diatas kecuali ikan.
2. Tumbuk semua bahan yang dihiris tadi.
3. Ikan disiang dan dibersihkan, bahagian tepi dikelar untuk disumbat ramuan yang                           ditumbuk tadi.
4. Sumbat ramuan yang ditumbuk tadi kedalam ikan dan diatas ikan.
5. Bungkus ikan dalam daun pisang, bakar atas kuali atau pemanggang ikan hingga ikan   masak dan balik- balikkan.
6. Boleh dihidang bersama nasi panas bersama sambal kicap.


RESEPI SINGGANG IKAN SELAR

Assalamuaaikum..kali ini saya akan kongsikan satu lagi resepi masakan asli orang melayu iaitu masak singgang. Ada juga orang Johor panggil masak pindang, singgang ni banyak version lah yang saya pernah dengar, ada yang panggil bening singgang, singgang serani, singgang cair. Masak singgang versi saya ni agak ringkas dan cepat dimasak. Masakan ini antara menu kegemaran arwah emak saya sebab sangat menyelerakan bila dihirup kuahnye panas- panas...haihh saya menaip je pun dah  terliurr sangat2 dah..disini saya ada kongsikan resepi. Selamat mencuba ye...

gambar ihsan daripada: Madi Mardiah@facebook.com

BAHAN- BAHAN:

4 Ekor ikan selar (saiz sederhana)
1 Batang serai
2 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Putih
1 Inci Kunyit Hidup
9 Biji Cili Padi
2 Inci Halia
1 Biji Tomato
3 Keping Asam Keping
Air Secukupnya
Garam Secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Didihkan air dalam periuk yang bersesuaian.
2. Tumbuk bawang putih dan bawang besar serta halia dan kunyit.
3. Titik serai dan cili padi masukkan dalam air mendidih.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk tadi, masukkan garam, ikan dan asam keping dan tomato yang dipotong2, tutup periuk dan biarkan mendidih.
4. Boleh juga diletakkan daun kunyit jika suka. Bagi yang suka pedas, boleh tambahkan kuantiti cili padi.
5. Boleh dihidang bersama nasi panas.



RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBONG MELAKA 'STYLE'

Assalamualaikum...kali ini saya nak kongsikan resepi yang saya selau sangat masak dirumah..dah macam lauk wajib la kalau kat rumah sebab arwah mak orang melaka..asam pedas style mak saya ni senang, sedap dan terangkat..huhuhu...walaupun duduk Johor, saya lebih suka masakan melaka sebab pada pendapat saya masakan melaka sangat kaya dengan pengaruh melayu asli..disini saya ada kongsikan resepi asam pedas..ikan boleh ditukar dengan ikan selar, ikan tenggiri dan macam2 lagi..selamat mencuba...

gambar ihsan daripada: Madi Mardiah@facebook.com

BAHAN- BAHAN

 1 kg ikan kembong
3 genggam cili kering (gunting dan rebus)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
1sdt jintan halus
1sdt jintan kasar
1sdt ketumbar
5 helai daun limau purut
1sdb halba
1 genggam asam jawa
air secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT

1. Kisar cili kering, bawang2, halia, kunyit, jintan dan ketumbar.
2. Ikan mestilah dicuci dan disiang dahulu.
3. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan halba dan daun limau dahulu, baru tumis bahan kisar.
4. Setelah garing dan naik bau, masukkan ikan dan air asam sekali. Biar merendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan garam dan tutup api, boleh dihidangkan.


No comments:

Post a Comment