Saturday, June 14, 2014

Perkhidmatan Tempahan Set Makan Berdamai Mempelai

Salam..pagi tadi saya busy sangat memasak makanan pengantin. Ditemani dua orang rakan, saya berjaya menyiapkan juadah makan beradab raja sehari. Tempahan dari pasangan yang meneteap di Nusa Damai , Pasir Gudang tadi berjaya disiapkan pada jam 2.30 tengahari. Tepat dengan masa mempelai diarak, kami sudah menyiapkan segala juadah disusun di atas meja makan beradab. Resepsi perkahwinan orang Johor adalah penuh beradat, tadi pengantin lelaki dikenakan 2 kali tol sebelum masuk kedalam rimah pengantin perempuan. Terdapat juga adat bertukar lauk dalam mangkuk tingkat. Orang melayu memang terkenal dengan kekayaan adat resam dan istiadat majlis. Saya memasak hidangan fusion kali ini, atas permintaan pengantin. Berikut ada sedikit gambar untuk dikongsikan bersama semua pembaca..

bersama mempelai..cantik sangat...

susunan hidangan makanan

honey roasted chicken

mixed cut fresh fruits

sweet and sour siakap

butter prawn


untuk pertanyaan dan tempahan..boleh contact saya di
 0177661432 










Friday, June 13, 2014

Blog Sumber Inspirasi Saya - Azie's Kitchen

Saya suka melawat blog ni...sebelum jadi blogger pon saya selalu melawat blog ni untuk merujuk beberapa resepi dan panduan memasak.  Kawan2 pun boleh berkongsi resepi dari blog ini ye.


Salah satu blog yang banyak mengandungi resepi masakan asli melayu dan pelbagai jenis resepi masakan




inilah kak Azie

Set Hidangan Sekeluarga Masakan Asli Melayu


HIDANGAN ASLI MELAYU 

DISEDIAKAN OLEH:

HABIBAH BT BACHOK

ROSDI BIN AB MALEK

KOLEJ KOMUNITI SELAYANG


MENU:
OTAK- OTAK GELANG PATAH
NASI PUTIH
IKAN PARANG MASAK KERING
DAGING DENDENG PEDAS MANIS
SAYUR GENJER IKAN BILIS
SAYUR LEMAK PEGAGA KACANG HIJAU
SAMBAL BELACAN KUINI
ULAM- ULAMAN
LOPES SI HITAM MANIS
AIR LIMAU KASTURI


SUMBER GAMBAR DARI FACEBOOK PENANG CHEF'S ASSOCIATION


GAMBAR SET MENU PERCUBAAN

Thursday, June 12, 2014

Mengenai Saya



Serba ringkas mengenai saya. Nama saya Habibah bt Bachok berumur 24 tahun dan berasal dari Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor. Untuk pengetahuan blogger2 semua, saya mencipta blog ini atas keperluan tugasan course yang saya sedang belajar sekarang iaitu e- tourism. Saya sekarang sekarang sedang melanjutkan pelajaran iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.


Hobi saya ialah memasak dan menyanyi. Saya pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Komuniti Selayang sebagai pensyarah sambilan kursus seni kulinari. Disana saya dapat menimba banyak pengalaman dan menyertai pertandingan memasak peringkat antarabangsa. Salah satu daripadanya ialah Battle Of The Chef di Pulau Pinang. Saya bersama sahabat saya telah menyertai kategori hidangan melayu asli dan alhamdulillah kami mendapat bronze medal.